Nota Ringkas KSSM Sains Komputer (Tingkatan 4)
Nota berikut merupakan ringkasan buku teks KSSM Sainks Komputer (Tingkatan 4) yang dicipta untuk kegunaan mengulang kaji sahaja.
1.1 Strategi Penyelesaian Masalah
Masalah: keraguan, situasi, cabaran dan peluang yang dihadapi dalam kehidupan seseorang.
Strategi penyelesaian masalah amat diperlukan untuk melahirkan generasi yang berkebolehan merancang strategi penyelesaian masalah.
1.1.1 Keperluan Penyelesaian Masalah Berstrategi
Mengapakah perlunya strategi dalam penyelesaian masalah?
- Meningkatkan kemahiran berfikir
- Membantu pengembangan sesuatu konsep
- Mewujudkan komunikasi dua hala
- Menggalakkan pembelajaran kendiri
Empat teknik pemikiran komputasional:
- Teknik leraian (decomposition)
- Pengecaman corak (pattern recognition)
- Peniskalaan (abstraction)
- Algoritma (algorithms)
1.1.2 Ciri-ciri Penyelesaian Masalah Berkesan
- Kos
- Masa
- Sumber
1.1.3 Proses Penyelesaian Masalah
- Kumpulkan dan analisis data
- Tentukan masalah
- Jana idea (hapus halangan)
- Jana penyelesaian
- Tentukan tindakan
- Laksanakan penyelesaian
- Buat penilaian
- Buat penambahbaikan
1.2 Algoritma
Set arahan untuk menyelesaikan masalah, arahan-arahan terperinci yang dapat diikuti.
Ciri-ciri algoritma:
- Butiran jelas
- Boleh dilaksanakan
- Mempunyai batasan
1.2.1 Penggunaan Algoritma untuk Menyelesaikan Masalah
Komputer ialah alat elektronik yang berupaya menerima dan memproses data input untuk menghasilkan maklumat sebagai output serta menyimpan kedua-dua data dan maklumat.
Input, Proses, Output: input dari pengguna, diproses dan dipaparkan sebagai output.
1.2.2 Struktur Kawalan dalam Pengaturcaraan
Struktur Kawalan Urutan
Melaksanakan arahan-arahan komputer satu per satu.

Struktur Kawalan Pilihan
Memberikan perisian komputer keupayaan untuk membuat keputusan berasaskan syarat yang telah ditentukan pengatur cara.

Struktur Kawalan Pengulangan
Mengulang arahan-arahan komputer dalam blok, ia boleh berlangsung sehingga menerima syarat berhenti ataupun mencapai bilangan yang sudah ditetapkan.

1.2.3 Menguji dan Membaiki Ralat dalam Algoritma
Algoritma diuji setelah ditulis untuk tujuan pembaikan. Pengujian algoritma dibuat sebelum algoritma ditulis sebagai kod komputer.
Tulis algoritma -> Uji algoritma -> Pembetulan -> Pengaturcaraan
Algoritma yang telah diuji mempunyai ciri-ciri yang berikut:
- Mudah difahami
- Lengkap
- Efisien
- Memenuhi kriteria reka bentuk
Ralat dalam Algoritma
Algoritma yang tidak memenuhi kriteria yang disebutkan tadi, akan mengakibatkan perisian yang dihasilkan mengandungi ralat. Hal ini kerana pengatur cara bergantung kepada algoritma untuk menghasilkan atur cara.
Jenis-jenis ralat:
- Ralat sintaks: tidak wujud dalam algoritma, berlaku kerana menggunakan bahasa pengaturcaraan secara cuai.
- Ralat logik: berlaku kerana perisian yang dihasilkan tidak menjalankan fungsi-fungsi yang sepatutnya.
- Ralat masa larian: timbul apabila atur cara dijalankan.
1.3 Pemboleh Ubah, Pemalar dan Jenis Data
- Pemboleh ubah: ruang simpanan sementara, yang sentiasa berubah semasa berlakunya pemprosesan.
- Pemalar: nilai pemalar adalah tetap dan tidak akan berubah.
- Jenis data:
| Jenis data |
Contoh nilai |
Kapasiti ingatan komputer |
| Integer |
Minimum -2147483648, Maksimum 2147483648 |
4 bait |
| float |
Minimum -3.4e38, Maksimum 3.4e38 |
4 bait |
| double |
Minimum -1.7e308, Maksimum 1.7e308 |
8 bait |
| char |
Satu karakter sahaja |
2 bait |
| String |
Bermula dari 0 hingga tiada had |
>10 bait |
| Boolean |
Benar (true), Palsu (false) |
1 bit |
1.3.3 Perbezaan Pemboleh Ubah Sejagat dan Setempat
Rujuk aktiviti 15.
Pemboleh ubah sejagat (global)
- berfungsi dalam atur cara sahaja
Pemboleh ubah setempat (local)
- hanya berfungsi dalam subatur cara yang diisytiharkan.
- digunakan dalam fungsi
1.3.4 Pengisytiharan, Permulaan dan Penetapan Nilai pada Pemboleh Ubah dan Pemalar
- Pengisytiharan Nilai Pemboleh Ubah: dikenal sebagai tempat untuk menyimpan data. Ia perlu diisytiharkan semua pemboleh ubah sebelum boleh digunakan.
- Permulaan dan Penetapan Nilai untik Pemboleh Ubah: nilai kepada pemboleh ubah boleh ditetapkan atau diumpukkan.
- Pengisytiharan dan Penetapan Nilai Pemalar:
1.3.5 Penggunaan Penyataan
- Pernyataan Umpukan: terdiri daripada satu atau lebih ungkapan yang lain. Pernyataan umpukan akan memberikan nilai kepada pemboleh ubah.
- Pernyataan aritmetik: terdiri daripada satu atau lebih operasi aritmetik. Pernyataan ini merujuk operasi aritmetik, dan membacanya dary kiri ke kanan sahaja. Penggunaan simbol kurungan perlu diutamakan.
Nota ringkas ini ditulis oleh luqman, dan disemak semula pada 27 July 2025.